KEK BATIK (tanpa telur)
Semalam aq teringinnnn!!! sgt nak makan KEK BATIK. Aq suruh lah kakak aq yang buat kan. Tapi, kakak aq busy bebeno dengan tempahan kek dia. =..=' Dia kata malas nak buat. Aq pn cakap la, "ok, biar aq yg buat, ko cuma cakap je. ko bg resepi kt aq." Tapi, jawapan yg saaaangat hampa. Permintaan aq di tolak mentah-mentah. hahaha.. Maka dengan excited nya aq meng google resepi kek batik. Aq x tiru 100% dalam tenet. Aq ubah-ubah la sikit. Sebab nya, aq x nak campur TELUR, x nak terlalu MANIS & x nak terlebih rasa MARJERIN. So, kalau nak citarasa macam aq, boleh la ikut. Hasil yang aq buat puas hati jugak la. PERFECT. JUST NICE. Kalau korang buat jadi, bagusla. Tapi kalau x jadi jangan salah kan aq. huahuahua :D Moh cuba buat! cam gini...
Bahan-bahan:
1 bungkus biskut marie (agak2 sebati dgn bancuhan)
180 gm butter/ marjerin
200 gm Milo
4 tbs serbuk koko
3/4 tin susu pekat manis
3/4 cawan air
kacang kisar
Cara-cara:
- Patah-patahkan biskut (jangan hancur sangat)
- Panaskan kuali, masukkan semua bahan satu persatu.
Milo, serbuk koko, air, susu pekat dan marjerin. - Kacau sehingga rata dan menggelegak. (rasa dulu dah cukup manis atau tidak, nanti boleh la tambah apa yg kurang rasa) Kemudian, padamkan api.
- Masukkan biskut. Kacau sehingga semua biskut di saluti coklat milo.
- Masukkan dalam loyang. Tekan2 sikit bagi padat dan rata.
- Taburkan kacang kisar di atas kek batik @ campur semasa mengacau biskut dan coklat milo. (step4)
- Simpan dalam peti sejuk 4/5jam sebelum dipotong & hidang.
...Esok pagi nya, aq bawak la pergi hostel/ tempat keje aq
Deme ni la yg memakan kek batik aq serta tak lupa pada beberapa kawan yang lain.
Deme kata sedap, makan satu nak lagi.
hahaha
DONE . EAT . LOVE
No comments:
Post a Comment