Thursday, 11 April 2013

PIPING JELLY

FISA|HOMEMADE


Piping jelly ni orang selalu hias buat corak macam2 pada topping cake or cupcake. Piping jelly ni rasa masam2 manis tapi sedap. Ni jela corak piping jelly aq yg baru nak belajar T_T sedih.. Takpe, yg penting dah cuba buat. So dah tau la macam mana & takde la belagak pandai. Cuba lah buat ok! Aq pun tengok kt internet jugak. Belajar sikit-sikit pun boleh :D



BAHAN-BAHAN :
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
1 biji lemon (perah jus)


CARA-CARA :
  1. Masukkan gula. Bancuhkan tepung jagung dgn air. Masukkan.
  2. Buka api perlahan dan kacau sehingga gula larut.
  3. Masukkan lemon dan buka api besar.
  4. Kacau sehingga warna kelihatan jernih dan agak likat.
  5. Tunggu sehingga menggelegak, padamkan api dan kacau seketika.
  6. Biarkan ia sejuk seketika.
  7. Simpan dalam bekas bertutup dan letak ke dalam peti sejuk.
...HASILNYA...

Setengah orang kalau baru belajar buat piping jelly ni tak tahu macam mana nak warna kan. Yela sebab takut salah. Macam aq jugak la. haha. So, daripada kedekut ilmu, nanti sesat jalan meh aq bagitau. Kalau nak pelbagai warna boleh je. camni..

Warna :
  1. Ambil kuantiti yg diperlukan & masuk ke dalam bekas.
  2. Masukkan sedikit saja pewarna makanan (agak2 sendiri pekat mana)
  3. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan dalam piping bag or plastic bag biasa pun boleh & pipe.


MUDAH.SIAP :)





No comments:

Post a Comment