PUDING ROTI DAN SOS KASTAD
Dah lama tak update resepi dalam blog ni. Al-maklum sejak lappy down sebab ternak baby virus. As request dari member nak resepi. Ha nah... :D
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
Puding Roti
- 7-8 keping roti
- 500 ml fresh milk/ 2cwn*
- 4 sudu besa gula halus*
- 2 biji telur*
- 1 sudu teh esen vanila*
- 1 sudu kecil serbuk cinnamon*
- 2 sudu butter (cairkan)
- 3 sudu besar kismis (sy letak choc chip, kismis & almond chop)
*satukan bahan bertanda (*) dalam mangkuk berasingan
Sos Kastard
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
- 2 sudu besar tepung kastad
- 2 sudu besar gula
Cara-cara
*Jika mahu sejuk, masukkan puding roti dan sos kastad ke dalam peti sejuk sementara.
- Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk/bekas/loyang.
- Masukkan butter cair ke atas roti dengan serata.
- Tuangkan bahan yg bertanda (*) tadi ke atas roti. Biarkan terendam dan meresap seketika.
- Taburkan choc chip, kisimis & almond chop.
- Bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau sehingga masak.
- Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
- Tuang ke atas puding roti tadi.
No comments:
Post a Comment