ASSALAMUALAIKUM N HYE!
Puding Milo Lapis Oreo ni 1st aq buat, follow dalam page resepi yang ada dekat fb aq. Hujung minggu memang offday aq la. So, aq fikir cuti sekolah ni anak-anak buah aq ni ramai dekat kampung. Seronok la sikit nak buat makanan bagi ramai2 rasa. Ni kalau takde orang kat rumah siapa yg nak makan.. kan? kan? Dengan pantas, aq suruh anak buah aq pergi ke kedai untuk membeli bahan-bahan membuat puding ini. hahaha Terima Kasih anak buah. Dan terima kasih juga kerana berjaya menge"pau" Mak Usu Keropok Mamee 1 paket besar sebagai upah. Its Ok. :D
Mari mula kan hari anda dengan resepi ini..
Bahan-bahan :
20 gm agar2 (1peket)
750ml air
150 gm gula pasir
1 tin susu cair
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo
750ml air
150 gm gula pasir
1 tin susu cair
3/4 cawan milo
1 bungkus biskut oreo
*saya punya puding 2x daripada bahan yg atas*
1. Patah-patahkan biskut terlebih dahulu.
2. Panaskan air sehingga menggelegak dan masukkan agar-agar sehingga larut.
3. Kemudian masukkan gula dan susu cair.
4. Masakkan sehingga mendidih dan padam kan api.
5. Susun dan bahagikan oreo yang telah dipatah-patahkan ke dalam loyang.
6. Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian.
7. Sebahagian yang asal tuang ke dalam loyang dan biarkan ia sejuk.
8. Sebahagian lagi masukkn milo dan kacau rata.
9. Bila puding dlm loyang separuh beku, tuangkn yg perisa milo tadi.
No comments:
Post a Comment