Thursday, 21 March 2013

RAINBOW CAKE IN JAR


Assalamualaikum n Hye geng!




Skrg ni musim "Cake in jar or Kek dalam balang" yang semakin famous bg penggemar pembuat kek di Malaysia. Sy tahu pn dari seorang rakan sy sebab dia buat sy TERGODA dgn meng"upload" pict RAINBOW CAKE IN JAR. Terasa comel nye kek dalam balang tu. Kejelesan mula menebal pabila search2 kt tenet, macam2 orang buat kek dlm balang ni then camne nk masak kek ni. Lastly bertekad nak buat jgk kek ni. hahaha Malam tu jgk beli bahan2 kt kedai Mary World.



ADUNAN KEK
Bahan-bahan :
  • 200 gm butter
  • 330 gm gula castor
  • 5 biji putih telur
  • 2 tsp vanilla flavor 
  • 400 gm tepung gandum
  • 4 tsp baking powder
  • 290 gm fresh milk (dutchlady fullcream pn ok)
6 pewarna : purple, biru, hijau, kuning, oren, merah.
*sy xde wrna oren jadi sy MIX color kuning + merah (sikit2 ok!)


Cara-cara :



1. Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.
3. Masukkan adunan tepung bergilir2 dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula.


 4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan tambahkan setiap bahagian dengan setiap pewarna makanan. 
Masukkan dalam "piping bag" & gunting hujungnya x terlalu besar & x terlalu kecil.


 5. "Pipe" nipis adunan dalam balang. Jangan "pipe" tebal mcm sy nanti kek x naik.
( ikut anak panah warna merah tu/ sy dah tersilap T_T  )


 6. Panaskan oven terdahulu & masak dengan kaedah "waterbath" 
(pastikan air dalam loyang adalah air panas)
Suhu 170c selama 35 minit atau agak2 sehingga masak


 7. Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan adunan "creame cheese" di atas kek.
Hias ikut kreativiti masing2.

CREAM CHEESE
Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm butter
  • 100 gm gula aising
Cara-cara :
1. Dalam mixer, sebatikan cream cheese dan butter.
2. Tambahkan gula aising dan pukul lagi sehingga adunan rata.



DONEALOVE



No comments:

Post a Comment